Git
Chapters ▾ 2nd Edition

2.7 Git Basics - Alias Git

Alias Git

Sebelum kami menyelesaikan bab ini mengenai asas Git, terdapat satu-satunya petua kecil yang boleh membuatkan pengalaman Git anda lebih mudah, senang dan lebih membiasakan, iaitu: alias. Kami tidak akan merujuk kepada mereka atau mengandaikan anda telah menggunakan mereka pada masa akan datang dalam buku ini, tetapi anda seharusnya sudah mengetahui bagaimana untuk menggunakan mereka.

Git tidak secara automatik menyimpulkan perintah atau command anda jika anda menaipkan hanya sebahagiannya. Jika anda tidak mahu menaipkan keseluruhan teks bagi setiap perintah Git, anda boleh dengan mudah menyediakan suatu alias untuk setiap satu perintah menggunakan git config. Di sini terdapat beberapa contoh yang mungkin anda mahu untuk menyediakan:

$ git config --global alias.co checkout
$ git config --global alias.br branch
$ git config --global alias.ci commit
$ git config --global alias.st status

Ini membawa maksud bahawa, sebagai contohnya, anda tidak perlu menaipkan lagi git commit, tetapi anda hanya perlu untuk menaipkan git ci. Sepanjang tempoh anda menggunakan Git, anda juga mungkin akan menggunakan perintah yang lain dengan kerap; janganlah teragak-agak untuk menciptakan alias yang baru.

Teknik ini juga boleh menjadi sangat berguna dalam menciptakan perintah yang anda berfikir bahawa mereka sepatutnya wujud. Sebagai contohnya, untuk membetulkan masalah kebolehgunaan yang anda hadapi semasa tidak memterbalikkan pementasan ataupun unstaging suatu fail, anda boleh menambahkan alias unstage anda sendiri kepada Git:

$ git config --global alias.unstage 'reset HEAD --'

Ini membuatkan kedua-dua perintah berikut adalah sebenarnya bersamaan:

$ git unstage fileA
$ git reset HEAD -- fileA

Ini kelihatan lebih jelas. Ia juga adalah biasa untuk menambahkan suatu perintah last, seperti ini:

$ git config --global alias.last 'log -1 HEAD'

Dengan cara ini, anda boleh melihat komit ataupun commit yang terakhir dengan mudah:

$ git last
commit 66938dae3329c7aebe598c2246a8e6af90d04646
Author: Josh Goebel <dreamer3@example.com>
Date:   Tue Aug 26 19:48:51 2008 +0800

    test for current head

    Signed-off-by: Scott Chacon <schacon@example.com>

Seperti yang anda boleh perhatikan, Git hanya menggantikan perintah baru dengan apa sahaja alias yang anda gunakan untuknya. Walau bagaimanapun, mungkin anda ingin menjalankan suatu perintah luaran, dan bukannya suatu subperintah ataupun subcommand Git. Maka dalam hal ini, anda memulakan perintah dengan suatu aksara !. Ini adalah amat berguna jika anda menulis dengan alat anda sendiri yang bersesuaian dengan suatu repositori Git. Kami boleh membuat demonstrasi dengan menggantikan atau menggunakan alias git visual untuk menjalankan gitk:

$ git config --global alias.visual '!gitk'
scroll-to-top